Wednesday 4 April 2012

2.4 km

hahaha..,larian 2.4 ni berbeza dari sem 1 yang lepas...
padang tempatya...kelakar.
tapi best sebab dapat lari kat dalam paya..
walaupun tak berjaya melepasi target IPG,
saya tetap habiskan larian...

sembang-sembang...

petang tadi, kelas saya ada jamuan kat mcD..
rasa terharu sangat bila ada pensyarah yang memang sayang kat kami..
iaitu papa meor, papa mubin dan mama..
apa yang saya nak hightlightkan di sini ialah kata-kata dari papa meor.
"kelas ini memang susah untuk bersatu"
kalau difikirkan, memang betul kata papa meor tu..
sem ni, masing-masing dah banyak kerja sendiri yang perlu dilakukan..
boleh kata, masing-masing bawa haluan sendiri..

Sunday 1 April 2012

JAGA SIKIT BADAN KAMU TU...

Diabetes sebabkan mati mengejut















BERAT badan berlebihan menjadi punca utama masalah diabetes di Malaysia.
KEMATIAN mengejut wartawan penyiaran NBC News, Tim Russert, 58, dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, pada tahun 2008 memeranjatkan ramai orang.
Tidak terkecuali Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharom, 50, dan penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, pada tahun 2009.
Kesemua mereka meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung.
Biarpun begitu, petanda awal kepada serangan jantung itu sudah diduga kerana masing-masing merupakan penghidap diabetes.
Perkara tersebut diakui oleh Ketua Endikronologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Nor Azmi Kamaruddin.
Jelas Nor Azmi, selain daripada kesan fizikal seperti gangren iaitu anggota tubuh mati atau membusuk akibat diabetes, penyakit itu juga menjadi pencetus kepada pelbagai penyakit kronik yang lain.
“Ramai orang yang hanya mengaitkan diabetes dengan kesan buruk yang berakhir dengan kaki pesakit terpaksa dipotong. Namun, hakikatnya ia boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi buah pinggang, katarak mata, sakit jantung dan serangan angin ahmar,” kata Nor Azmi.
Menurut kajian di Amerika Syarikat, sakit jantung yang berpunca daripada diabetes merupakan sebab utama kematian di negara itu iaitu sebanyak 55 peratus. Sebanyak 10 peratus pula kematian disebabkan angin ahmar yang berpunca daripada diabetes.

AMALAN pengambilan makanan seimbang boleh mencegah penyakit diabetes.

Obesiti
“Statistik itu hampir sama jika dibandingkan dengan pesakit di Malaysia.
“Justeru anda seharusnya mengambil langkah yang penting bagi mengelakkan kedua-dua penyakit yang boleh meragut nyawa itu,” katanya ketika membentangkan hasil kaji selidik pesakit diabetes PPUKM di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam kaji selidik tersebut, pihaknya mendapati majoriti penghidap penyakit itu terdiri daripada mereka yang mengalami obesiti.
Perkara itu dibuktikan apabila 62 peratus responden dalam kajian tersebut adalah terdiri mereka yang mengalami obesiti ketika pertama kali didiagnosis dengan diabetes.
“Pesakit yang mengalami obesiti dan berat badan berlebihan mempunyai risiko yang besar dalam menyebabkan komplikasi penyakit diabetes.
“Justeru perkara utama yang perlu dilakukan bagi mengelakkan penyakit jantung dan angin ahmar serta penyakit bahaya lain yang disebabkan oleh penyakit diabetes adalah dengan mengawal berat badan,” katanya lagi.
Kebimbangan terhadap penularan penyakit tersebut perlu diambil kira kerana kira-kira seorang daripada tujuh rakyat Malaysia merupakan penghidap diabetes.

GANGREN atau kematian sel sering dikaitkan dengan kesan penyakit diabetes.

Tambah Nor Amin, kaedah utama untuk menjauhkan diri daripada masalah diabetes adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Bukan sahaja dengan mengawal makanan yang diambil bahkan bersenam sebagai kaedah pencegahan.
“Jika kita mengubah gaya hidup dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat sekarang, ini bermakna statistik obesiti dan penyakit diabetes di negara ini akan menurun dalam tempoh 20 tahun lagi.
“Memang payah untuk mengurangkan berat badan dan mengawal diabetes. Tetapi dengan kaunseling yang betul dan intervensi gaya hidup, hal ini boleh diatasi,” katanya.
Jelas Nor Azman lagi, ibu bapa seharusnya peka terhadap masalah obesiti dalam kalangan anak-anak kerana masalah obesiti di peringkat umur tersebut sukar dikawal kerana faktor perkembangan sel.
Berbeza pula seseorang yang mengalami kegemukan pada usia dewasa kerana ia kurang melibatkan penghasilan sel lemak baharu.
“Kegemukan pada usia kanak-kanak melibatkan penghasilan sel. Justeru adalah begitu sukar untuk mengurangkan berat badan mereka.
“Berbeza pula bagi golongan dewasa kerana kegemukan berlaku akibat pembesaran saiz sel tersebut dan lebih mudah untuk menurunkan berat badan,” tutur Nor Azmi.

KECEDERAAN SEMASA BERSUKAN


Kecederaan Semasa Bersukan

Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada kecederaan. Kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut. Walau bagaimanapun kecederaan adalah biasa semasa bersukan.

Apakah penyebab kecederaan yang biasa berlaku semasa bersukan?

• Pertembungan di antara satu sama lain
• Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan bersukan
• Jatuh
• Aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan

Apakah jenis-jenis kecederaan semasa bersukan?

• Luka-luka
• Hentakan
• Terkehel/tergeliat
• Ketegangan
• Terseliuh
• Patah tulang

Apakah jenis kecederaan yang jarang berlaku semasa bersukan?

• Kapsul sendi koyak
• Konklusi otak akibat hantukkan
• Kecederaan dalam abdomen
• Patah/terseliuh pada tulang dan sendi – sendi

Apakah perbezaan di antara terseliuh dengan ketegangan?

Terseliuh merujuk kepada ketegangan yang berlaku di ligamen, manakala ketegangan
merujuk kepada ketegangan di otot.
Kekoyakan otot adalah satu bentuk ketegangan.

Apakah tanda dan gejala kecederaan semasa bersukan?

• Sakit - di tempat yang cedera
• Bengkak - di tempat yang cedera
• Lebam - kebiruan di tempat kecederaan
• Kecacatan struktur - contoh : kecacatan di tempat kecederaan (seperti terseliuh dan
patah)
• Kecederaan fungsi - contoh: bahagian yang tercedera tidak dapat berfungsi seperti
biasa. (seperti patah,beralih daripada tempat asal dan kekoyakan pada sendi)
• Sakit kepala - dalam kes kena pukul atau kecederaan otak akibat hantukkan
• Pening - terjadi semasa kecederaan otak
• Loya dan muntah - biasa berlaku berikutan kecederaan otak
Adalah diingatkan mungkin terdapat satu atau lebih tanda dan gejala sekiranya mendapat
kecederaan semasa bersukan.

Apa yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan semasa bersukan?

Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan, walau
bagaimanapun, jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh mendatangkan
bahaya. Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar perubatan yang profesional!

Prinsip asas ialah RICE.
'R' Untuk 'Rest' bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan
bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam
kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi
mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.
'I' Untuk 'Ice'. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera.
Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan
dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.
'C' Untuk 'Compression'. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang
tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin
kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses
penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.
'E' Untuk 'Elevation' bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang
tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan
bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.

Bagaimana menggunakan ais bagi membantu merawat kecederaan semasa bersukan?

Masukkan ketulan ais ke dalam beg plastik atau beg ais dan tekap bahagian yang tercedera.
Beg plastik mudah mengikut bentuk kebanyakan sendi-sendi. Ini dipanggil ColdCompression.
Untuk mengelakkan kulit melecur, sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa di bahagian
terlibat sebelum meletakkan ais.

Jika berada di rumah, bagi kecederaan kecil, gunakan air bagi menggantikan ketulan air.
3 Jam pertamaLakukan Cold Compression selama 10 -
15 minit setiap setengah jam
Lakukan Cold Compression sebanyak 4 - 5
kali sehari selama 15 - 20 minit
Kompresi panas mungkin boleh digunakan

• Lakukan Cold Compression sebanyak 4 - 5kali sehari selama 15 – 20 minit
• Kompresi panas mungkin boleh digunakan
Peringatan: Mesti dapatkan khidmat rawatan perubatan jika terdapat
• Tanda-tanda seperti kesakitan, bengkak dan kebiruan menjadi lebih teruk selepas 24 jam
• Dapatkan rawatan perubatan untuk mengesan bahagian yang patah dan terseliuh
• Kecacatan struktur yang jelas
• Sakit semasa tidur
• Tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa
• Sakit kepala, pening, loya atau muntah di mana ianya semakin serius/teruk. Dapatkan
rawatan segera di hospital

Bagaimana cara untuk mencegah kecederaan semasa bersukan?

Langkah-langkah yang penting ialah:

• Gunakan peralatan yang sesuai mengikut saiz dan berpadanan dengan jenis sukan seperti topi keledar untuk menunggang, meluncur atau menggunakan papan luncur
• Gunakan alat pelindung yang lengkap semasa pertandingan dan latihan. Digalakkanmenggunakan alat pelindung mata (goggle) ketika di padang atau gelanggang. Alat pelindung mulut juga perlu digunakan untuk melindungi mulut, gigi, lidah semasa aktiviti sukan seperti hoki, bola keranjang dan sukan tinju
• Guna alat pelindung untuk pergelangan tangan, siku dan lutut semasa aktiviti sukan meluncur skateboard atau in-line skate
• Gunakan kasut yang sesuai untuk mengelakkan tersadung dan terjatuh
• Sentiasa memanaskan badan dahulu sebelum bersukan
• Elakkan diri dari bersukan sekiranya anda baru pulih dari kecederaan atau selesema
• Sentiasa mengikut peraturan semasa bersukan, di mana ia boleh melindungi anda dari kecederaan
• Gunakan teknik yang betul yang telah diajar oleh jurulatih anda

Monday 20 February 2012

Salam sejahtera kepada anda yang sempat singgah di blog saya....
Nama diberi Muhammad Nabil Fikri Bin Mohamed Nadhri...
Semoga anda gembira dengan perkongsian di dalam blog ini..